Pages

Saturday, July 20, 2013

cara nabi Muhammad SAW ketika minum air putih

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)

Adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ketika minum adalah seperti berikut:



  1. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk demi seteguk (HR Tirmidzi)
  2. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)
  3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)


apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saran supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak baik untuk kesehatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah panutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.

Bagaimana cara Rasulullah SAW minum air?
Mengikut sumber yang saya temui memberitahu, salah satu cara Rasulullah s.a.w minum air, ialah dengan 3 kali nafas.

“Dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu bernafas ketika minum sebanyak tiga kali.”
(Muttafaq ‘alaih)


Mula-mula tarik nafas lalu mulai minum, setelah minum seteguk lepaskan mulut dari gelas dan hembuskan nafas. Kemudian tarik nafas dan sambung minum seteguk, kemudian lepaskan mulut dari gelas dan hembuskan nafas. Begitulah seterusnya hingga nafas yang ke-3. Hembus nafas harus diluar gelas.


sumber | iniunic.blogspot.com | http://www.kaskus.co.id/thread/51e272b51acb17544a000002/adab---cara-nabi-muhammad-saw-ketika-minum-air-putih/

0 comments:

Post a Comment